GALERIE KRAFTANGAN & SENI PURBA GARUDASAKTI (Reg.no.0993-10-JHR)

Come join in our world of adventerous,misterious,travelling,self - defences etc.

CINCIN TULANG IKAN DUYUNG(RARE ITEMS)

Menurut legenda, ikan Duyung adalah makhluk air yang memiliki kepala dan tubuh layaknya bagai seorang perempuan dan ekor menyerupai ikan. Ikan Duyung hidup di dasar laut dan dikatakan merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggotanya daripada paras pinggang hingga ke kaki menjadi ikan. Cerita mengenai ikan duyung wujud dalam hampir semua masyarakat di dunia. Dalam mitologi Yunani, ikan Duyung dikatakan selalu menggoda para pelaut yang lalai. Sesiapa yang tergoda akan menemui ajalnya. Masyarakat Babilonia pula menyembah ikan Duyung sebagai Tuhan atau dewa laut yang dikenal sebagai Ea atau Oannes. Oannes digambarkan sebagai duyung jantan.

Ikan Duyung yang biasa ditemui adalah spesis Dugung, kerana ikan Duyung yang biasa diketemui itu tidaklah secantik sebagaimana yang digambarkan dalam penceritaan ikan Duyung.

Tulang ikan Duyung adalah berwarna putih kekuningan. Diasanya tulang ikan Duyung ini dibuat batu cincin. Diantara khasiat tulang ikan Duyung ini adalah untuk menyembuhkan penyakit dalam badan seperti usus dan peparu, terkena buatan orang ( sihir ) dalam bentuk makan dan minum dan sangat berkesan membuang toksin daripada tubuh badan. Tulang ikan Duyung yang berwarna putih kekuningan ini biasanya bertukar menjadi kehitaman bila digunakan untuk menyedut penyakit atau bisa dan selepas beberapa ketika berubah kembali kepada warna asalnya.

Rambut ikan Duyung ini biasanya untuk dibuat minyak pengaseh. Rambut ikan duyung ini berbau hamis dan ia tidaklah sepanjang sebagaimana yang sering digambarkan.

Air mata ikan Duyung juga digunakan sebagai bahan ramuan minyak pengasih. Semasa ikan duyung dibawa ke darat untuk disembelih,air matanya akan mengalir keluar dan pada ketika itulah ia ditadah oleh orang yang ingin memilikinya. Hampir kesemua bahagian ikan Duyung sangat berguna dibidang perubatan .

Minyak ikan duyung juga sangat berkhasiat untuk kekuatan tenaga batin wanita. Sebab itulah ikan Dugung ini disebut Duyung kerana ia kuat berdayung. Jika di izinkan oleh admin saya akan ceritakan khasiat ikan Duyung ini untuk menguatkan wanita berdayung menurut minyak ikan Duyung yang pernah saya buat, tapi sangat bahaya kepada wanita yang suaminya tidak segagah mana.
Cincin diikat Perak Berkuku cengkam harimau.Rare Design .Dimaharkan sila inbox atau hubungi ditalian 017-7790987 atau 012-5615098

Comment

You need to be a member of GALERIE KRAFTANGAN & SENI PURBA GARUDASAKTI (Reg.no.0993-10-JHR) to add comments!

Join GALERIE KRAFTANGAN & SENI PURBA GARUDASAKTI (Reg.no.0993-10-JHR)

© 2014   Created by panchabayu.   Powered by

Report an Issue  |  Terms of Service